Saturday, May 15, 2010

20 Perkara Yang Membuatkan Wanita Benci Lelaki....


Masa boring2 tadi..aku lepak kat sini..terbaca plak pasal bende alah yang aku copy paste nie...kalau nak share yang korang sume ok gak...so selamat membaca yer..kalau rasa bende tu btul ok la..tp kalau rasa cam ada point yang xleh nak diterima pakai...ignore jer la ek...sekadar utk dikongsi.....

20 Perkara yang Membuatkan Wanita Benci Lelaki...
1. MENINGGIKAN SUARA

Tahulah mereka dikurniakan suara yang ‘macho’ tapi kalau nak meninggikan suara sekadar menunjukkan ego, tak eloklah. Ini antara kelemahan lelaki kerana mereka mudah meninggikan suara walaupun pasangannya tidak bersalah.

Suami ku : hmmm..xpenah lagi die tinggikan suara...alhamdulillah...

2. MAIN KAYU TIGA

Bab main kayu tiga ni masalah paling besar. Walaupun dah ada kekasih, mereka sukar untuk setia. Apatah lagi kalau digoda, terus disambar tanpa mempedulikan perasaan kekasihnya.

Suami Ku : yang aku pun xtau...tapi aku harap die setia dgn famlinye skunk nie...dah kepercayaan amat perlu sebelum menunding jari kepada pasangan...doakan yang terbaik buatku yer...insyaallah..

3. SUKA ‘CUCI MATA’

Kebanyakan lelaki sukar mengawal mata (mata keranjang). Pantang jumpa perempuan cantik dan seksi mulalah mata tu macam nak terkeluar. Walaupun sedang bersama kekasih, si dia tidak akan peduli. Bagi mereka tidak salah kalau sekadar mencuci mata tetapi hati kekasih kenalah jaga juga cik abang!

Suami Ku : Mata die..aku xde remote control nak stop kan matanye dari melihat sekeliling yang ada..kalau die tgk ape bleh aku buat...selagi tidak melampaui batas...awas ya..

4.MENGONGKONG

Itu tak boleh, ini tak boleh, sikit-sikit nak kontrol. Segala gerak-geri kekasih dikawal, sampaikan nak berpakaian pun harus ditentukan. Kalau nak keluar ke kedai pun kena repot dulu, kalau tidak mulalah tercetusnya pertengkaran kerana hal sekecil itu. Tetapi, mereka akan melenting pula sekiranya aktiviti-aktiviti mereka disoal siasat oleh kekasih mereka… Macammana tu?

Suami Ku : terima kasih abg cayang ku kerna kau cukup memahami diri ku..cewahhh...


5. EGO

Ini merupakan masalah paling ketara dan merimaskan kaum wanita. Keegoan dan lelaki memang tak dapat dipisahkan. Tetapi ada kalanya lelaki menjadikan keegoan sebagai alasan untuk mereka bertindak tanpa mempedulikan perasaan si gadis. Keegoan membuatkan lelaki mempunyai kuasa veto dalam kehidupan mereka termasuklah memimpin kaum wanita. Tidak salah mempamerkan ego tetapi biarlah kena pada tempatnya.

Suami Ku : Ego tetap ada...tp berpada2 ler...

6. MENIPU

Masalah yang ketara apabila lelaki suka menipu ataupun memberikan alasan yang tak munasabah. Sanggup memungkiri janji dan memberikan alasan yang mereka mempunyai masalah yang tak dapat dielakkan padahal sebenarnya mereka enggan melaksanakan janji mereka sendiri. Ada juga yang sudah berpunya tetapi mengaku solo. Berterus-teranglah wahai kaum lelaki kerana kaum wanita lebih menghormati mereka yang memiliki sifat berterus-terang ini. Sifat menipu dan suka berdolak-dalih ini lama kelamaan akan membuatkan semua gadis akan menjauhi anda.

Suami Ku : terpulang kepada diri...tepuk dada tanya selera....


7. PERASAN

Aduhaiii… lelaki ini cepat perasan terutamanya jika mereka ini berkerjaya baik, berpenampilan menarik dan mempunyai wajah yang hensem. Boleh tu mengaku merekalah yang menjadi lelaki idaman para wanita. Tapi, mungkin pada pandangan seorang wanita mereka ini sederhana sahaja tapi mereka ini yang suka perasan lebih. Bukan semua wanita memandang pada paras rupa, kalau dah terlebih-lebih perasan tuu… Ada wanita yang lebih suka mengutuk dari memuji…

Suami Ku : perasan la jgk..tambah2 ble dipuji..kembang kempis lubang idung..huhu

8. MEMENTINGKAN DIRI SENDIRI

Susah juga kalau dapat yang mementingkan diri sendiri ni. Lelaki selalunya tidak mahu mengalah dan ingin menegakkan pendapat sendiri tanpa mempedulikan luahan pasangannya. Mereka juga suka mendahulukan kemahuan mereka dan jarang hendak mementingkan perasaan kekasih… Egolah katakan! Tidak semestinya pendapat kaum wanita ni tak boleh diguna pakai.

Suami Ku : xkot...sebab everything dikongsi bersama...thanks darling...

9. KURANG MEMBERIKAN PERHATIAN

Lelaki kadangkala suka bertindak sambil lewa dan kurang memberikan perhatian tidak kira dalam apa jua urusan. Tetapi kalau urusan yang berkaitan dengan dirinya sendiri, pantas pula melaksanakannya. Jika berkaitan teman wanita, alamatnya… mereka kurang mengambil perhatian. Mengapa ya? Kaum wanita sebenarnya bukan minta diberikan perhatian 24 jam tetapi cukuplah sekadar pasangannya mengambil tahu akan dirinya kerana sifat semulajadi seseorang wanita itu yang ingin bermanja dan dimanjakan.

Suami Ku : kalau terlalu asyik melayan cite kartun di TV aku pun die xnampak..ckp pun xdengar...nak kata pekak..rasanye truk lagi kot..hehehehe..

10. CEMBURU BUTA

Orang kata cemburu tandanya sayang, tapi kalau cemburu tak tentu pasal dan memanjang saja cemburu, tentu rasa tak selesa juga. Agaknya lelaki yang kuat cemburu ni takut kekasihnya terlepas ke tangan kumbang lain kot. Harus diingat, bukan semua perempuan suka kekasihnya kuat cemburu. Tapi, ada juga sesetengahnya suka apabila teman lelakinya cemburu kerana seolah-olah teman lelakinya amat menghargai dirinya. Jangan cemburu buta sudahlah, malas jugak nak layan kadang-kadang!

Suami Ku : cemburu mu tanda sayang mu pada ku...die cemburu pada si buta...


11. MATA DUITAN

Jangan tak tahu ada juga lelaki mata duitan atau pun gelarannya ‘lelaki spedo’. Mereka tak kisah nak kikis duit kekasih dengan 1001 macam alasan yang adakalanya tidak logik diterima dek akal fikiran. Kalau kisah perempuan mata duitan kita sudah biasa dengar, tapi kalau lelaki pula yang mata duitan… apa cerita ni?? Takkan masa-masa macam ni keegoan lelaki hilang pulak?!!

Suami Ku : sama2 cari rezeki.....

12. KOMITED TERHADAP KERJAYA

Susah kalau dapat teman lelaki yang terlalu komited dengan kerjaya. Mereka ni selalu sangat memberi banyak alasan kerja apabila diajak keluar. Kalau keluar bersama, selalu pula bercerita tentang kerja dan merungut sering dibebani kerja yang menimbun. Bukanlah tidak boleh lelaki mementingkan kerjaya tetapi pandai-pandailah membahagikan masa bersama teman wanita. Paling tidak pun, seminggu sekali luangkan masa menemaninya dan lupakan segala hal berkaitan kerja. Bukannya kaum wanita ni tidak memahami kalau teman lelakinya pandai membahagikan masa…

Suami Ku : kadang2...kalau dapat pulun OT...aduuuhhh xde la aku balik kampung...apakan daya..itu la rezeki..aku redha...


13. PANAS BARAN

Aduiii… masalah yang boleh menimbulkan fobia terhadap seseorang gadis apabila mendapat kekasih yang panas baran. Pantang silap sikit, mahu dihambur segala kemarahannya. Ada juga kesilapan bermula dari diri sendiri tetapi tetap menyalahkan orang lain. Setakat kena tengking boleh lagi diterima walaupun sebal satu badan tapi, bagaimana kalau siap sepak terajang? Kalau nak sepak terajang carilah mereka yang sepadan dan janganlah berlawan dengan kaum yang lemah bang! Di mana sifat bertanggungjawab dan kepimpinan yang ada? Cuba-cubalah kawal kerana setiap dari kita ada barannya, cuma kena pandai-pandai mengawallah. Kalau dah tak terkawal sangat, tak payah bercintalah cik abang oiii!!!

Suami Ku : TIDAK...


14. KAKI MEROKOK

Ini satu lagi sifat kaum lelaki yang melemaskan wanita. Asyik berasap sana sini, naik lemas dengan bau dan asap rokoknya. Dalam sehari adakalanya habis sekotak rokok. Kalau habiskan duit dengan makan benda berfaedah tak apa juga, ini tidak… asyik menyedut asap yang tidak menyehatkan. Kalau asap tu membawa kesan pada diri sendiri saja tak apa juga, ini tidak… membawa kesan juga pada orang sebelah menyebelah. Kadang-kadang teman wanita menegur bukannya apa, dia sayangkan kita juga dan tak mahu kita jatuh sakit. Lagipun mereka juga tak nak teman lelaki mereka membazirkan duit dengan merokok.

Suami Ku : mmg seorang perokok yang kuat merokok..nak buat camne..aku dah nasihat...terpulang kepada tuan punya diri lah...lg pun bukan duit aku...

15. PENGOTOR

Ada segelintir lelaki sukar nak menyedari diri mereka ni ada yang pengotor. Terutama bab meludah atau membuang kahak merata-rata. Yarkkk!!! Ada juga yang jarang basuh seluar, pakai baju yang sama berulang kali, tidak memakai deodarant dan macam-macam lagi sampaikan badan sudah berbau semacam pun dia tak sedar. Tidakkah mereka ini terasa segan apabila menyedari badan sudah berbau?? Entahlah… hanya kaum lelaki yang bersifat pengotor ini saja yang dapat menjawabnya.

Suami Ku : tiada dalam sifat peribadinya....aku rasa la...

16. GELOJOH

Kalau bab makan, lelaki ni agak gelojoh. Macam ‘food machine’. Mereka lemas melihat teman wanita mereka makan terlalu sopan tetapi mereka tidak sedar cara mereka makan yang gelojoh juga melemaskan kaum wanita. Sepatutnya, samada lelaki mahupun wanita patutlah makan dengan bersopan. Buat apa terkejar-kejar?

Suami Ku : nak kata sopan..xla sangat kan..tp ok la...boleh dibawa ke majlis lagi...hehe

17. PENTINGKAN KAWAN-KAWAN

Sanggup membatalkan temujanji semata-mata hendak bermain bola sepak ataupun menonton WWF bersama kawan-kawan. Lelaki juga selalu mementingkan kawan-kawan dalam banyak hal. Sekali-sekala bolahlah, jangan pula selalu saja memberi alasan hinggakan masa bersama teman wanita tiada langsung semata-mata untuk menghabiskan masa bersama kawan-kawan. Apa guna bercinta kalau macam tu gayanya? Kalau ada masalah pula, kawan-kawan sebagai tempat mengadu dengan alasan tidak sesuai bercerita dengan si dia. Kalau dah memilih si dia sebagai kekasih, mungkin satu hari si dia juga akan menjadi isteri anda, jadi takkanlah anda selalu hendak merahsiakan sesuatu dari dia. Tak eloklah berbuat demikian, nanti si dia terasa seolah-olah dirinya tidak penting buat anda pula.

Suami Ku : kadang2 la..contoh ble time aku call..die xangkat plak..tp ble time kawan call bukan main boraknye...xper la..mungkin dah lame xjumpe kawan2nye....

18. TIDAK TAHU MEGHARGAI

Sukar untuk bertemu lelaki yang tahu menghargai perasaan atau pun perbuatan kekasihnya. Ada pula yang berpura-pura tidak mengambil tahu walaupun menyedarinya. Mereka seboleh-bolehnya mahu si dia terang-terangan menunjukkan sikap meghargai mereka ini. Kalau setakat sikit-sikit atau sekadar kiasan tu, alamatnya mereka akan berpura-pura tidak menyedarinya. Apa salahnya sekali-sekala, tunjukkan sikap anda yang menghargainya di atas apa yang cuba dilakukannya terhadap anda seperti memberi hadiah kecil. Setidak-tidaknya ucapkanlah terima kasih setiap kali dia cuba berbuat sesuatu untuk anda.

Suami Ku : kadang die pun lupe gak aku nie manusia biasa...hari penting2 tu die buat xtau jer...poyo gak la....

19. PUTAR BELIT

Lelaki ni ramai yang pakar memutar-belitkan kenyataan walaupun ternyata sememangnya merekalah yang bersalah. Bagi mereka, putar belit ini tak mengapa asalkan si dia mempercayai alasan tersebut dan mereka akan terlepas dari kesalahan sendiri. Sekiranya anda benar-benar menyintai pasangan anda, perkara begini seharusnya tidak berlaku kerana apa akibatnya sekiranya si dia mengetahui juga tipu helah anda suatu hari nanti. Kalau anda tak pandai menyelamatkan keadaan, melepaslah anda! Jujurlah pada pasangan anda.

Suami Ku : masih belum rasa lagi terbelit lidah nye tu.....huhu

20. SUKA KONTROL MACHO





Peh! Nak dikatakan macho, ada juga yang tak. hancur je yang lebih kot! Terutama bab sikap, mahu lebih gentleman, berketrampilan dan hensem. Seboleh-bolehnya mereka mahu menampakkan yang diri mereka lelaki sejati dan ada elemen HERO. Tak perlulah nak merasakan diri anda macho kerana wanita sahaja yang layak membuat penilaian terhadap anda. Sekiranya anda rasa diri anda macho, tetapi pada mata wanita tersebut anda tidaklah semacho yang disangkakan, tak guna juga.

Suami Ku : die sempoiiii jerk...xde maknenye.....

Ape Kes Nie....????

Salam siaran sume member blog ku di luar sane..harap sentiasa dalam keadaan yg sihat2 belaka hendaknye...hari nie giliran aku pulak menguruskan Chalet Impian..di Pantai Peranginan Teluk Batik..setelah sebulan berehat kerana perasaan malas yang sentiasa membelenggu aku...bukan ape...biasa la..hari sabtu ahad jer la time cuti yang aku ade...lagi pun kat Teluk Batik tu panas benget hingga rasa terbakar kulit ku yang ala-ala gebu nie..huhu..perasan sendiri la plak...

tapi kadang-kadang kat sini best gak kiranya dapat lepak2 ngan budak2 yang kepala diaorang macam hanpon dah masuk air...(bengong)..hilang sikit rasa bosan yang melanda tu...seperti setiap hujung minggu..dah menjadi perkara biasa Chalet Impian akan dikunjungi dan dihuni oleh guest yang datang dari merata tempat...dan kebanyakan dari mereka bukan orang sini (manjung)...

sesampai aje aku di pintu gerbang Chalet Impian yang xberapa nak lawa tu...dah kedengaran hiruk pikuk suara budak2 yang dah menginap disini semalam..diaorang nie datangnye dari Gombak..kalau xsilap aku ler..sekolah xtau la plak..tp tgk batch nye mereka ahli Kelab Rakan Sebaya....xkesah la kan...lantak ler kat diaorang tu...yang len ada gak guest yang walk-in jer ke sini..aku kat sini bukan ler sebagai staff MPM..tapi merangkap sale girl jual bilik...hahhaha...selagi ade akan aku lelong murah-murah..janji masyukkkk...

Disebalik melihat gelagat dan karenah manusia yang mcam2 tu...tiba terpandang aku pada sekumpulan beruk kera yang juga turut same join lepak kat chalet nie..wahhh..bukan main meriahnye "kanak-kanak riang" nie...kelakar jugak...aktiviti mereka saat ini tak lain tak bukan ape lagi..cari makan ler...sambil mata mereka liar memerhati sekeliling takut2 ada plak manusia durjana baling batu..hahaha..mereka pun sedar diri kalau mereka juga penceroboh haram kat chalet nie....lumrah kehidupan...

selain dari kera...ada gak geng2 anjing yang tergedik2 berlari sane sini....tgh beriadah agaknye kot...jangan kacau orang kat sni dah ler...cume yg xleh biarkan tu..takut geng2 salak nie..buang najis..aduhhhh..xkuasa aku.....dah ler kencing berleluasa...eee..kalau ade big bos zahrin..dah lame kene racun tikus tu..arwah ler anjing2 tu mlm kang...habis dijadikan santapan..buat BBQ lagi..huhu..gurau jer....yer la anjing2 nie makin ditembak makin byk plak yang datang..xtertembak dek senapang patah Penguatkuasa MPM...ble difikir balik...per salahnye kalau ada inisiatif dari pihak2 yang bek ati nak ternak anjing2 liar nie..dah tentu terbela nasib mereka nie kan...hmmm..ntah ler..bleh pakai ke idea bengong aku nie...

Cuaca pagi yang redup dan hujan rintik2..kini telah berganti plak dengan bahang mentari yang semakin membakar lemak2 ditubuh aku nie..fuuuhhhh..panas gle nie beb...air dah ntah berapa tong aku minum...nak makan pun xlalu....bleh tumbang nih...nie ler azab yang aku rasa tiap kali datang chalet...tp yer lah..itu baru azab dan bahang di dunia..blum lagi azab kubur....

k lah...stop dulu...jumpe lagi di episod akan datang....ceewaahh...hot nih..


Sunday, May 9, 2010

EngKauLah RaTu HatiKu

Apakah sebenarnya
terkubur dikalbumu
apakah erti linang air mata dipipi mu
ucapkan lah padaku
xbisa ku rungkainya
rahsia yang kau pendam itu..

aku hanya menduga
tidak mampu merasa
sebenar benar perasaanmu

pengorbanan yang kau lakukan
untuk dewasakan ku
hanya bisa ditanggung hati ibu..

telah kau telan lara
dan terima segala
dugaan dan badai yang melanda
duhai IBU....



Lagu nie aku tujukan khas buat kedua ibu ku...(ibu kandung & ibu mertuaku) semoga aku sentiasa menjadi anak yang sentiasa mendapat rahmat dan keredhaan dari ibu2 ku...aku doakan pada Mu Ya Allah kau berikan lah mereka kesihatan yang baik..agar aku sentiasa dapat melihat mereka ini tersenyum...jauhkan lah aku dari menyakiti hati mereka...sesungguhnya Ya Allah aku tidak sanggup untuk kehilangan kasih mereka...jika diberi pilihan ambil lah nyawa ku sebagai pengganti..kerna aku lebih rela pergi dahulu daripada menghadapi permergian mereka ke sisi Mu Ya Allah....aminnn..

Puisi ni aku amik disini untuk dikongsikan bersama-sama rakan blog diluar sane....

Orang kata aku lahir dari perut mak….
(bukan orang kata…memang betul)
Bila dahaga, yang susukan aku….mak
Bila lapar, yang suapkan aku….mak
Bila keseorangan, yang sentiasa di sampingku….mak

Kata mak, perkataan pertama yang aku sebut….mak
Bila bangun tidur, aku cari….mak
Bila nangis, orang pertama yang datang….mak

Bila nak bermanja, aku dekati….mak
Bila nak bergesel, aku duduk sebelah….mak
Bila sedih, yang boleh memujukku hanya….mak

Bila nakal, yang memarahi aku….mak
Bila merajuk, yang memujukku cuma….mak
Bila melakukan kesalahan, yang paling cepat marah….mak

Bila takut, yang tenangkan aku….mak
Bila nak peluk, yang aku suka peluk….mak
Aku selalu teringatkan….mak
Bila sedih, aku mesti telefon….mak
Bila seronok, orang pertama aku nak beritahu….mak


Bila bengang, aku suka luah pada….mak
Bila takut, aku selalu panggil….”mmaaakkkk!”
Bila sakit, orang paling risau adalah….mak
Bila nak exam, orang paling sibuk juga….mak
Bila buat hal, yang marah aku dulu….mak
Bila ada masalah, yang paling risau….mak

Yang masih peluk dan cium aku sampai hari ni….mak
Yang selalu masak makanan kegemaranku….mak

Kalau balik ke kampung,
Yang selalu bekalkan ulam & lauk pauk…..mak
Yang selalu simpan dan kemaskan barang-barang aku….mak
Yang selalu berleter kat aku….mak
Yang selalu puji aku….mak
Yang selalu nasihat aku….mak
Bila nak kahwin..Orang pertama aku tunjuk dan rujuk…..mak

Aku ada pasangan hidup sendiri….
Bila seronok, aku cari….pasanganku
Bila sedih, aku cari….mak

Bila berjaya, aku ceritakan pada….pasanganku
Bila gagal, aku ceritakan pada….mak

Bila bahagia, aku peluk erat….pasanganku
Bila berduka, aku peluk erat….mak

Bila nak bercuti, aku bawa….pasanganku
Bila sibuk, aku hantar anak ke rumah….mak

Bila sambut valentine….aku bagi hadiah pada pasanganku
Bila sambut hari ibu….aku cuma dapat ucapkan “Selamat Hari Ibu”

Selalu….aku ingat pasanganku
Selalu….mak ingat kat aku

Bila-bila….aku akan telefon pasanganku
Entah bila….aku nak telefon mak

Selalu….aku belikan hadiah untuk pasanganku
Entah bila….aku nak belikan hadiah untuk mak


Renungkan:
“Kalau kau sudah habis belajar dan berkerja… Bolehkah kau kirim wang untuk mak? Mak bukan nak banyak… Lima puluh ringgit sebulan pun cukuplah”.
Berderai air mata jika kita mendengarnya…..
Tapi kalau mak sudah tiada…..
MAKKKKK…RINDU MAK…. RINDU SANGAT….

Berapa ramai yang sanggup menyuapkan ibunya….
berapa ramai yang sanggup mencuci muntah ibunya…..
berapa ramai yang sanggup mengantikan lampin ibunya…..
berapa ramai yang sanggup membersihkan najis ibunya…..
berapa ramai yang sanggup membuang ulat dan membersihkan luka kudis ibunya….
berapa ramai yang sanggup berhenti kerja untuk menjaga ibunya…..

dan akhir sekali berapa ramai yang sembahyang JENAZAH ibunya….
Seorang anak mendapatkan ibunya yang sedang sibuk menyediakan makan malam di dapur lalu menghulurkan sekeping kertas yang bertulis sesuatu. Si ibu segera mengesatkan tangan di apron menyambut kertas yang dihulurkan oleh si anak lalu membacanya. Kos upah membantu ibu:
1) Tolong pergi kedai : RM4.00
2) Tolong jaga adik : RM4..00
3) Tolong buang sampah : RM1.00
4) Tolong kemas bilik : RM2.00
5) Tolong siram bunga : RM3.00
6) Tolong sapu sampah : RM3.00
Jumlah : RM17.00

Selesai membaca, si ibu tersenyum memandang si anak sambil sesuatu berlegar-legar si mindanya. Si ibu mencapai sebatang pen dan menulis sesuatu di belakang kertas yang sama.
1) Kos mengandungkanmu selama 9 bulan – PERCUMA
2) Kos berjaga malam kerana menjagamu – PERCUMA
3) Kos air mata yang menitis keranamu – PERCUMA
4) Kos kerunsingan kerana bimbangkanmu – PERCUMA
5) Kos menyediakan makan minum, pakaian, dan keperluanmu -PERCUMA
Jumlah Keseluruhan Nilai Kasihku – PERCUMA

Air mata si anak berlinang setelah membaca apa yang dituliskan oleh si ibu. Si anak menatap wajah ibu,memeluknya dan berkata, “Saya Sayangkan Ibu”. Kemudian si anak mengambil pen dan menulis “Telah Dibayar” pada mukasurat yang sama ditulisnya....

SELAMAT HARI IBU....