Tuesday, August 10, 2010

KeNangan Yang TerIndah SeumUr HidUpku...

Salam sume kawan-kawan blog ku dan pembaca yang lain....walaupun jejak anda tidak meninggalkan sebarang tanda..ape pun tq aku ucapkan...Entri yang dah lama tertangguh dek kerana masa yang terlalu sedikit untuk dibahagi-bahagikan...walau ape pun aku tetapkan akan update blog nie sekalipun infonye yang dah berkurun dan termasuk jugalah entri yang satu nie..bukan satu tapi banyak lagi....

Tanggal 29hb Julai 2010 yang lalu...genap sudah 3 tahun...mungkin tempoh perkahwinan ini terlalu muda..namun pada aku ianya tanpa disedari...sedar sedar dah 3 tahun aku menjadi seorang isteri dan kini bergelar ibu kepada seorang puteri...alhamdulillah...syukur yang amat aku panjatkan kepadanya kerana mengekalkan hubungan suci ini....walaupun pelbagai cabaran dan rintangan di dalam berumahtangga...aku masih berada disisinya...suami yang amat aku sayangi dan kasihi....

Rencah hidup yang kadang-kadang memaksa aku menangis.. sedih.. senyum.. ketawa..benar-benar menguji kesabaran dan ketabahan aku dalam merempuhi segalanya....aku sentiasa berusaha memberikan yang terbaik kepada 2 kekasih ku ini (Suami dan anak ku)..namun andaikata terkurang...aku hanya insan kerdil di bumi ini yang tidak lari dari melakukan kesilapan....

Bersempena dengan Ulang tahun perkahwinan aku yang ke-3 ini...aku berazam akan sentiasa menjadi isteri yang terbaik disisi suami..dan ibu yang sentiasa mencurahkan kasih sayang yang melimpah ruah...insyaallah...

Disaat ini aku mahu suami ku tahu..bahawa tiada insan lain yang paling aku sayangi melainkan dirimu dan anak ku....sesungguhnya kamu berdua adalah kekasih hatiku dan umpama burung yang patah sayap kiranya tiada diri mu disisi ku.....

Ya Allah..kau berkatilah rumahtangga ku...jadikan lah aku isteri yang solehah..dan berada disisi suami disaat susah dan senangnya...jadikan lah aku seorang ibu yang sentiasa melunaskan tanggunjawabnya..membesar..mendidik anak ku hingga menjadi insan yang berguna di dunia dan akhirat....amin....

Cinta hatiku.....



Kau Ku Sayang....

No comments:

Post a Comment